- Halaman Utama
- Mengenai Nutrilite
- Sejarah Nutrilite
Sejarah Nutrilite
-
1910
-
1920
-
1930
-
1940
-
1950
-
1970
-
1980
-
1990
-
2000
-
2010
-
2020
-
1910-an
Tahun-tahun Awal – Ia bermula dengan satu visi.
1915
Semasa berada di China dari 1915 hingga 1927, Carl mengamati kesihatan rakyatnya yang teruk dan membuat hubung kait antara pemakanan, kesihatan dan gaya hidup.
1919
Sebelum kembali ke China, Carl menghabiskan masa mempelajari tentang nilai pemakanan susu. Di prasarana penyelidikan Carnation, beliau mendapati bahawa lembu tenusu segar-bugar apabila diberi makan alfalfa sahaja. Beliau percaya alfalfa adalah sumber makanan yang ideal dan mencari cara untuk menjadikannya mudah dicerna dalam tubuh manusia.
-
1920-an
Bermulanya Produk Nutrilite – Carl Rehnborg mendalami hubungan antara pemakanan dan kesihatan; merumuskan produk vitamin dan mineral berasaskan tumbuhan yang seimbang.
1926
Terperuk di Shanghai semasa Revolusi, Carl menambah dietnya yang tidak seberapa dengan mencipta "stew" yang mengandungi tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran berdaun, tulang dan paku berkarat.
1927
Sewaktu berusia 40 tahun, Carl meninggalkan China dan tiba di San Pedro, California dengan hanya $24 di dalam poketnya. Bertahun-tahun kemudian, beliau berkata, "Saya memang pokai tetapi saya kaya kerana saya mempunyai impian yang akan kejar saya walau apapun yang terjadi."
-
1930-an
Lahirnya Nutrilite – Carl Rehnborg memperkenalkan suplemen multivitamin/multimineral di Amerika Syarikat.
1933
Carl mengenal pasti komponen tumbuh-tumbuhan yang penting untuk kesihatan dan menamakannya "Faktor Makanan Terhubung". Hari ini, ia dikenali sebagai fitonutrien.
1934
Carl memperkenalkan apa yang ramai orang anggap sebagai suplemen multivitamin/multimineral yang pertama dijual di Amerika Syarikat.
1935
Carl menamakan salah satu produk pertamanya VITA-6 kerana ia mengandungi enam vitamin. Pada 1937, beliau menukar nama tersebut kepada VITASOL.
Carl mendirikan makmal di Montebello, California dan mengejar impiannya sepenuh masa.1939
Carl mencatatkan istilah "Nutrilites" dalam majalah Science 1928 dan meminta kebenaran untuk menggunakannya sebagai nama rasmi bagi syarikat barunya.
Nutrilite Products, Inc. (NPI) secara rasmi diperbadankan. Kos untuk memperbadankannya ialah $69.56.
Nutrilite membuka prasarana pemprosesan Slauson Avenue di tengah-tengah Los Angeles, operasi perkilangan sepenuhnya yang pertama. Apabila perniagaan kian berkembang, syarikat itu memulakan pembungkusan dan penghantaran tidak berapa jauh dari situ di South Hoover Street. -
1940-an
Nutrilite Berevolusi – Konsep pemasaran berbilang tingkat yang dinamik menetapkan asas bagi Jualan Nutrilite.
1942
Carl membeli ladang seluas 1.4 hektar (3.6 ekar) di Lembah San Fernando California. Beliau mahu menanam alfalfa dan bahan tumbuhan lain tanpa menggunakan racun perosak dan racun rumpai. Beliau membangunkan kaedah perladangannya sendiri yang beliau namakan sebagai "Amalan Perladangan Nutrilite."
1945
Mytinger & Casselberry menjadi pengedar eksklusif Suplemen Makanan Nutrilite. Ini secara rasminya menandakan permulaan pelan pemasaran yang unik dan inovatif.
1946
Carl memindahkan Nutrilite Products, Inc. dari Slauson Avenue ke sebuah pondok Quonset di Buena Park di mana beliau tinggal bersama keluarganya, menjalankan penyelidikan dan membuat pekatan daripada bahan-bahan tumbuhan segar.
1948
Nutrilite memperkenalkan produk nutrien vitamin dan mineral yang dinamakan Nutrilite XX, kerana produk itu berharga $20 (angka roman untuk 20 = XX).
Nutrilite berpindah ke lokasinya sekarang di 5600 Beach Boulevard (dahulunya Grand Avenue) di Buena Park, California.1949
Jay Van Andel dan Rich DeVos menjadi pengedar jenama Nutrilite.
Nutrilite Products, Inc. melancarkan suplemen makanan yang pertama untuk kanak-kanak. -
1950s
Cabaran Mendorong Kemajuan – Visi dan iltizam Carl Rehnborg mengatasi cabaran perniagaan
1953
Apabila jualan terus meningkat, tanah seluas 242 hektar (600 ekar) telah dibeli di Lakeview, California untuk membina prasarana pemprosesan yang baru.
1956
Bekerjasama dengan Universiti Hawaii, Nutrilite Products, Inc. menjalankan penyelidikan terhadap ceri aserola dan memperkenalkan suplemen vitamin C yang semula jadi.
Nutrilite Products, Inc. mendapat kelulusan kerajaan untuk menggunakan kawalan serangga biologi semula jadi yang pertama: bacillus thuringiensis. Syarikat ini diberikan paten pada 1976.1957
Nutrilite membuka dusun ceri aserola di Hawaii.
1958
Carl berucap di hadapan 1,000 pengedar di konvensyen Fiesta de Oro di Los Angeles.
1959
Pengedar Nutrilite Jay Van Andel dan Rich DeVos memulakan sebuah syarikat baru. Mereka menamakannya Amway™ iaitu singkatan untuk "American Way."
-
1970-an
Amway Mengambil alih Nutrilite – Kuasa gabungan jenama Amway mendorong pertumbuhan.
1970
Dusun ceri aserola dipajak di Puerto Rico, habitat semula jadinya, memastikan agar bekalan vitamin C semula jadi berterusan.
1972
Dr. Sam mengumumkan pemerolehan kepentingan kawal dalam Nutrilite Products, Inc oleh Amway.
Rangkaian produk Nutrilite menambah jualan kasar Amway secara eksponen aapbila pengedar Nutrilite menjadi pengedar Amway dan menjual rangkaian lengkap produk Nutrilite.Dr. Sam Rehnborg
1973
Pengasas Nutrilite Carl Rehnborg meninggal pada usia 85 tahun.
1974
Jenama Nutrilite boleh didapati di Kanada—kehadiran di persada antarabangsa yang pertama untuk jenama ini.
1977
Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap Pekatan Aserola, tambahan 161 hektar (400 ekar) tanah dibeli di Naguabo, Puerto Rico.
-
1980-an
Nutrilite Meraikan Ulang Tahun ke-50 – Ketika Amway mempercepatkan perkembangannya di peringkat antarabangsa, jualan Nutrilite turut melonjak.
1984
Nutrilite Products, Inc. meraikan ulang tahun ke-50. Jualan produk Nutrilite mencecah $126 juta.
-
1990-an
Nutrilite Menggalakkan Kesihatan Optimum – Menekankan perladangan organik, penyelidikan dan kecergasan global.
1992
Nutrilite membeli lebih daripada 364 hektar (900 ekar) tanah di Jalisco, Mexico. Tanaman utama Rancho El Petacal termasuk buah-buahan sitrus, bayam, bawang putih dan alfalfa.
1995
Amway membuka prasarana perkilangan dan pengedaran di Guangzhou, China. Dengan kemasukan ke China, pemerhatian awal Carl mengenai pemakanan dan kesihatan penduduk China telah lengkap kitarannya.
1996
Pusat Pemakanan & Kesejahteraan Rehnborg ditubuhkan sebagai sumber utama sains, pendidikan dan latihan untuk produk Nutrilite.
Jualan Nutrilite Products, Inc. mencecah $1 bilion apabila jenama itu dilancarkan di pasaran ke-25 iaitu Indonesia.1998
Nutrilite dan Amway membeli 1679 hektar (4100 ekar) Fazendo Planato Grande di Brazil.
Kepentingan kawalan diperoleh di Ladang Tasik Trout—ladang herba disahkan organik yang terbesar di Amerika Utara.
Nutrilite berbangga menjadi "Jiran Global yang Baik", menyediakan jaminan ekonomi, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk budaya tempatan di ladang-ladang Nutrilite.1999
Semua ladang Nutrilite mematuhi garis panduan ketat yang menekankan pengurusan sumber semula jadi yang bertanggungjawab dan menghormati proses-proses semula jadi.
-
2000-an
Menyemai Tapak Baru – Nutrilite ialah Jenama Suplemen Vitamin dan Diet No. 1 Dari Segi Jualan di Dunia*, berdasarkan jualan runcit 2016.
"Nutrilite ialah jenama suplemen vitamin dan diet no. 1 dari segi jualan di dunia."2003
Setiap Ladang Nutrilite disahkan organik mengikut kriteria yang ditetapkan oleh negara masing-masing.
2004
Institut Kesihatan Nutrilite menubuhkan Lembaga Penasihat Saintifik yang dianggotai saintis terkemuka dari seluruh dunia.
2008
Jenama Nutrilite dinamakan penaja rasmi Kelab Bola Sepak A.C. Milan.
Nutrilite ialah Jenama Suplemen Vitamin dan Diet No. 1 Dari Segi Jualan di Dunia*, berdasarkan jualan runcit 2016.
*Sumber: Euromonitor International Limited. Vitamins and Dietary Supplements, World, GBN, Retail Value RSP, % breakdown, 2016 data.2009
Jenama Nutrilite meraikan ulang tahunnya yang ke-75.
-
2010-an
Nutrilite meraikan 80 tahun dalam membantu insan memperoleh kesihatan yang lebih baik melalui pemakanan yang lebih baik.
2014
Nutrilite meraikan 80 tahun dalam membantu insan memperoleh kesihatan yang lebih baik melalui pemakanan yang lebih baik.
-
2020-an
Nutrilite meraikan 90 Tahun Pertumbuhan Nutrilite seiring dengan perkembangan kami demi kebaikan insan.
2024
Nutrilite meraikan dedikasinya selama 90 tahun untuk membantu insan menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik melalui gabungan alam semula jadi dengan inovasi berterusan berdasarkan penemuan saintifik terkini.