Larian Glasier Kaya Mineral Menyuburkan Ladang-Ladang Organik
Air yang keruh bukan
seperti yang selalu kita sangkakan. Di Trout Lake West Farm, air keruh yang
berdekatan mengandungi nutrien kaya mineral yang sesuai untuk menanam tumbuhan
yang kemudiannya diproses menjadi bahan-bahan yang digunakan di dalam suplemen vitamin
dan diet Nutrilite.
Air adalah salah satu unsur
utama ekosistem yang diseimbangkan dengan teliti di ladang organik. Trout Lake
West, sebuah ladang milik Amway yang disahkan organik di Washington, A.S.
mempunyai salah satu sumber air terkaya yang ada.
Ladang botani seluas 401
ekar ini terletak di kaki bukit Pergunungan Cascade. Puncak glasier berdekatan
Gunung Adams menyuburkan tanaman ladang dengan air yang sarat dengan nutrien yang
menyebabkannya kelihatan keruh.
Pengurus Trout Lake West
Farm Danielle Hawkins memberitahu bahawa air itu yang diuji setiap bulan untuk
memastikan kualiti, memang sesuai untuk menyuburkan tanah gunung berapi yang
gembur dan mengurangkan keperluan untuk menambah mineral ketika tumbesaran.
“Memiliki sumber air ini
memberikan tumbuhan kami penggalak semula jadi,” kata Hawkins.
Lembah Trout Lake adalah
salah satu lembah organik kaya air yang masih wujud di dunia ini. “Kami tidak
tercemar oleh baja dari ladang konvensional,” tambah Hawkins. “Semua ladang di
sekeliling adalah organik, menjadikannya optimum untuk pengeluaran organik tanpa
perlu bimbang tentang pencemaran luar.”
Ia juga menjadikannya optimum
untuk menanam herba dan tumbuhan yang digunakan bagi membuat bahan-bahan di dalam
produk Nutrilite, termasuk Echinacea, valerian, lemon balm dan dandelion.
Pendekatan terhadap perladangan di Trout Lake West hanya satu contoh mengenai komitmen mendalam kepada kesurihan bahan dan pertanian lestari, membantu memastikan suplemen Nutrilite adalah yang paling tulen, paling selamat dan paling berkesan.