5 Cara untuk Membantu Anda Mengecilkan Perut Selepas Tahun Baru Cina | Nutrilite
Memandangkan anda telah menyambut Tahun Baru yang penuh kemeriahan dengan makanan yang enak, teman serta snek yang hebat. Kini tiba masa yang paling digeruni. Berhadapan dengan alat penimbang.
Memulakan regimen kesihatan dan diet baru boleh mencabar keinginan anda. Oleh itu, izinkan kami membantu anda dengan menunjukkan arah yang betul dengan suplemen dan kaedah yang mungkin dapat membantu anda!
Nutrilite CB Plus
Diperbuat daripada kacang ginjal dan ekstrak kacang soya sebagai suplemen semula jadi untuk kesejahteraan umum. CB Plus adalah tambahan terbaik kepada pemakanan harian anda bagi memastikan anda mendapat khasiat yang diperlukan oleh badan anda. Apabila digandingkan dengan diet yang sihat dan seimbang, ekstrak kacang ginjal dapat membantu menurunkan berat badan kerana ia terkenal sebagai penyekat karbohidrat diet yang serupa dengan asid klorogenik.
Nutrilite Green-T Plus Tablet
Kita semua pernah mendengar mengenai manfaat hebat yang ditawarkan oleh teh hijau untuk kesihatan umum kita. Nutrilite Green-T Plus kaya dengan antioksidan serta mengandungi ekstrak teh hijau dan epigallocatechin gallate (EGCG) iaitu antioksidan polifenol yang boleh menggalakkan kehilangan lemak (apabila digandingkan dengan diet yang seimbang dan senaman).
Tablet ini juga merupakan tambahan bebas kafein yang hebat kepada pengambilan vitamin harian anda kerana tablet ini kaya dengan antioksidan bagi melawan radikal bebas dan tekanan oksidatif pada badan anda.
Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey
Sesuatu yang klasik bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan dengan pengurusan berat badan mereka! Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari penyelesaian bagi protein tinggi dan kalori rendah untuk sajian lengkap yang boleh mereka minum.
Satu hidangan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey hanya mengandungi 200 kalori apabila dicampur dengan air. Namun, minuman kocak berprotein tinggi ini membuat anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Setiap hidangan juga memenuhi ⅓ daripada keperluan nutrisi harian anda. Tersedia dalam perisa Beri, Coklat dan Café Latte.
Nutrilite Lecithin-E
Lesitin adalah pengemulsi yang membantu tubuh badan dalam penghadaman vitamin E dan penyerapan nutrien dengan lebih baik. Lesitin juga mengurangkan tekanan oksidatif daripada radikal bebas. Nutrilite Lecithin-E didatangkan dalam bentuk mudah kunyah untuk pengambilan yang lebih lancar. Setiap tablet mengandungi 20.6mg vitamin E dan 50mg lesitin. Selain pengingesan yang mudah, Nutrilite Lecithin-E diperisakan dengan madu, molases, karob semula jadi dan walnut mapel.
Senaman dan diet yang seimbang
Malangnya, tiada pil ajaib yang boleh membakar lemak dalam sekelip mata. Walaupun terdapat pelbagai suplemen kesihatan yang boleh membantu dan meningkatkan fungsi badan tertentu dalam pengurusan berat badan dan menghilangkan lemak, bersenam dan diet yang seimbang adalah sangat penting untuk keberkesanan regimen menurunkan berat badan anda.
Oleh itu, semoga berjaya dan kami berharap anda kekal bermotivasi dan sihat ke arah mencapai diri anda yang lebih baik!
Penafian: Semua suplemen Nutrilite yang disenaraikan dalam artikel ini bertindak sebagai panduan bagi perjalanan pengurusan berat badan anda. Sebarang penurunan berat badan atau kehilangan lemak yang berlaku amat bergantung kepada diet, senaman dan keseluruhan tabiat gaya hidup anda.