NUTRILITE MENDEDAHKAN KUASA PROTEIN TUMBUHAN UNTUK SEMUA
Terdapat di setiap sel tunggal dalam tubuh, protein mengandungi
asid amino yang merupakan blok binaan yang penting untuk tulang, otot, kartilaj,
kulit, rambut dan darah.
Satu-satunya cara untuk mendapatkan asid amino perlu ini
adalah menerusi diet. Banyak makanan yang tinggi asid amino perlu—makanan
seperti telur, tenusu, daging dan ayam itik—tidak dimasukkan dalam sesetengah diet
kerana kandungan lemak, kalori dan kolesterol yang tinggi.
Untuk membantu pengguna mengisi jurang nutrisi yang
penting ini, saintis Nutrilite™ telah membangunkan Nutrilite Soy Protein Drink (dahulu dikenali sebagai All Plant Protein
Powder)—suatu produk yang direka khusus untuk memberikan salah
satu makronutien paling penting dalam kehidupan dalam bentuk yang berkualiti
tinggi, rendah kalori.
Tanpa laktosa dan hasil haiwan, Nutrilite Soy Protein Drink sememangnya bagus untuk hampir semua lapisan
usia dan boleh memenuhi hampir setiap pilihan diet—termasuk vegetarian
dan tanpa tenusu.
“Sebagai salah satu asas makronutrien bagi diet yang seimbang,
protein perlu diambil setiap hari,” kata Gene Maly, saintis penyelidikan kanan Nutrilite. “Ramai orang menghadapi kesulitan mengambil
sumber protein yang sihat dalam diet mereka. Disebabkan itulah dengan menambah
sumber protein berkualiti tinggi seperti Nutrilite Soy Protein Drink, ia dapat membantu memberikan tubuh mereka
bahan bakar bagi menguasakan sel-sel mereka dan membekalkan tenaga.”
KALORI RENDAH, KUALITI TINGGI
Mudah ditambah kepada apa-apa saja dari sup dan smoothie
hingga ke penkek dan kerak piza, tiga adunan unik iaitu soya, gandum dan kacang
pis di dalam Nutrilite Soy Protein Drink membekalkan
kombinasi protein dan asid amino yang tepat untuk membantu
menyokong dalam menguatkan otot dan tenaga tanpa jumlah kalori, lemak dan
kolesterol ketara yang dikaitkan dengan sumber-sumber protein yang lain.
“Bukan saja protein kami kurang lemak, ia juga mudah
dicerna,” kata Kerry Grann, saintis penyelidikan utama Nutrilite. “Menurut Skor Asid Amino yang Diperbetulkan
dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS), satu ukuran yang diiktiraf di peringkat
global yang menilai kualiti sumber protein pada skala 0-1, protein di dalam Nutrilite Soy Protein Drink ialah 1, skor yang terbaik mungkin.”
PEMERHATIAN YANG RINGKAS, LEGASI YANG LAMA BERTAHAN
Sama seperti setiap produk Nutrilite, Nutrilite Soy
Protein Drink telah dicipta dengan mengambil kira ketulenan, keselamatan dan
kemujarabannya.
Pada awal 1900-an, pengasas jenama Nutrilite Carl Rehnborg telah membuat pemerhatian
ringkas iaitu lembu yang paling sihat makan diet berupa alfalfa dan air. Kulitnya
lebih berkilat, susu lebih banyak dan lebih gemuk. Beliau sedar bahawa lembu yang
sihat memerlukan nutrien penting yang didapati dalam tumbuhan seperti alfalfa.
Hari ini, saintis Nutrilite telah membawa pemerhatian Carl Rehnborg selangkah ke
hadapan dengan mencipta serbuk protein berasaskan tumbuhan yang membekalkan
semua asid amino perlu yang manusia perlukan dalam diet untuk menyokong
kesihatan selular di seluruh tubuh mereka. Idea ringkas ini telah menghasilkan Nutrilite Soy Protein Drink.
TIDAK MAKAN SECUKUPNYA
Diet sihat yang kaya nutrien penting harus menjadi pilihan pertama demi memberikan tubuh anda nutrisi yang diperlukannya. Tubuh anda tidak menghasilkan 9 asid amino perlu yang didapati dalam protein, oleh itu ia perlu digantikan setiap hari. Jika anda perlukan lebih protein berbanding yang anda boleh dapati dari diet semata-mata, Nutrilite Soy Protein Drink boleh membantu anda selangkah lebih dekat lagi bagi mengisi jurang diet tersebut.