Mengapa, Bila dan Bagaimana Hendak Mengambil Suplemen Anda
Mahu memanfaatkan
sepenuhnya suplemen anda? Ikuti labelnya.
Semudah
itu, kata saintis pemakanan Kristin Morris. “Ada sains di sebalik arahan penggunaan.
Jika label menyatakan ambil satu suplemen, tiga kali sehari, yakininya. Pematuhan
membantu tubuh anda menyerap sebanyak-banyak nutrien yang ia mampu.”
“Membahagikan dos dapat memastikan
penyerapan maksimum,” jelas Morris, saintis
kanan di Amway. Rahsia pematuhan ialah dua perkara: kekonsistenan dan
keselesaan. “Rutin adalah kritikal,” tambah Morris lagi. Petua beliau:
- Simpan suplemen di tempat yang ketara, sama
seperti preskripsi harian dan pastikan suplemen itu disimpan jauh daripada
kanak-kanak.
- Kecuali label melarang, ambil semuanya
bersama-sama. “Jika menunggu kemudian nanti, anda mungkin terlupa.
Suplemen memang tidak berguna jika cuma berada di dalam botol.”
- Rutin memacu hasil yang konsisten juga.
“Suplemen tidak kekal lama di dalam tubuh. Oleh itu, ia mesti diambil
secara konsisten bagi mengekalkan nutrien dalam keadaan seimbang.”
- Untuk meningkatkan keselesaan, simpan satu
catatan, terutamanya apabila memulakan suplemen baru. “Jika sesuatu
menyebabkan perut anda sakit, pertimbangkan bagaimana anda mengambilnya – dalam
keadaan perut kosong? Dengan makanan? Dengan ubat-ubatan? Bincangkan
dengan doktor jika anda mempunyai soalan.”
- Walaupun makanan boleh membantu
mengelakkan sakit perut, keberkesanan (dan keselamatan) bergantung pada pematuhan
arahan. “Dalam beberapa kes, contoh zat besi, asid perut sebenarnya
menggalakkan penyerapan. Dan suplemen fungsian seperti Nutrilite CB Plus mesti
diambil seperti diarahkan atau anda kehilangan keaktifannya yang diingini.”
Ingin tahu suplemen mana hendak diambil? Morris mengesyorkan agar merujuk Saranan Suplemen Nutrilite (akan datang) dan minta nasihat doktor anda. “Genetik, diet, berat badan dan gaya hidup adalah berbeza-beza. Menerusi satu siri soalan mudah, alat itu dapat mengenal pasti dan mensasarkan jurang nutrisi supaya anda boleh memilih suplemen yang terbaik.”