Mengapa Nutrilite?
Mengapa Suplemen?
Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) mengesyorkan minimum 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran
sehari. Walau
bagaimanapun, 60-87% lelaki dan wanita di
peringkat global tidak makan jumlah yang diperlukan. Secara purata, hanya 3 daripada
5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan dimakan setiap hari. Memakan
buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pelbagai jenis dan warna yang betul setiap
hari mungkin sukar. Suplemen boleh membantu mengisi jurang nutrisi dalam diet.
Sumber Alam semula jadi
Nutrilite ialah jenama suplemen vitamin, mineral dan diet yang membekalkan rangkaian suplemen yang lengkap untuk pelbagai keperluan termasuk nutrisi am, kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan nutrisi kanak-kanak. Nutrilite memperoleh
pekatan tumbuhan semula jadi lagi organik, kebanyakannya ditanam di
ladang-ladang kami sendiri, juga vitamin dan mineral yang sangat tulen dari
seluruh dunia bagi memenuhi standard kualiti kami yang jitu. Semua bahan yang
digunakan di dalam produk Nutrilite
telah diselidik secara meluas, diuji dan dirumus untuk memberikan produk yang
memenuhi keperluan nutrisi dalam menuju ke arah kesihatan optimum. |
Kecemerlangan Saintifik
Penyelidikan
Nutrilite bermula di ladang-ladang kami. Saintis
pertanian kami berusaha untuk mengoptimumkan nutrien yang dikumpul dari
tumbuhan yang paling berkuasa yang ditawarkan oleh alam – kemudian mendapatkan nutrien-nutrien
bernilai ini dengan menyahhidrat dan memproses tumbuhan dalam tempoh beberapa
jam selepas dipetik.
Saintis
Nutrilite menggunakan kaedah dan teknologi terkini untuk
mengekstrak kebaikan maksimum daripada tanaman. Kami menganalisis nilai nutrisi
tumbuhan tertentu, menguji pekatan tumbuhan untuk kandungan nutriennya dan
menilai bahan-bahan mentah berpotensi yang baru untuk produk kami.