Ladang Kami yang Membezakan Kami

Proses Perladangan Semula Jadi yang Unik

Proses Perladangan Semula Jadi yang Unik

Nutrilite adalah satu-satunya suplemen jenama vitamin dan diet yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang kami sendiri yang disahkan organik.* Semua ladang kami —lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil—memulih tanah dan menjauhi racun serangga perosak, racun rumpai dan baja sintetik. Mereka adalah jiran global yang baik dan begitu berdedikasi untuk berbakti kepada komuniti.

*Sumber: Euromonitor International Limited. Based on a 2016 review of global Vitamin and Dietary supplement manufacturers, their ownership of the entire production process, from farm to manufacturing, in addition to organic certification of products.

Klik untuk Tonton

Terokai Ladang-ladang Organik Kami


  • Ephrata, WA, AS
  • Lakeview, CA, USA
  • Jalisco, Mexico
  • Ubajara, Brazil
  • Trout Lake East

    Trout Lake East

    Ephrata, Washington, AS

    Ladang Trout Lake seluas 283 hektar (700 ekar) di kaki bukit Pergunungan Cascade adalah ladang herba yang disahkan organik terbesar di Amerika Utara. Pengairan dibekalkan oleh Sungai White Salmon yang diairi oleh glasier dari pergunungan. Lembah Trout Lake, tempat terletaknya ladang itu, adalah organik secara eksklusif—tiada perladangan konvensional di lembah itu dan sekitar pergunungannya membantu mengelakkan pencemaran.

    Tanaman Utama: beri biru, Echinacea purpurea, Echinacea angustifolia, oregano, pudina, netel, valerian, kacang ginjal putih, dandelion, lemon balm, black cohosh.

    Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik

    Ladang Trout Lake komited untuk berbakti kepada komuniti tempatan, aktif menyokong bandar Trout Lake dengan sumbangan tahunan yang besar kepada Dana Biasiswa Trout Lake dan menderma kepada program komuniti.

  • Ladang Penyelidikan Pertanian

    Ladang Penyelidikan Pertanian

    California, AS

    Ladang Penyelidikan Pertanian kami yang disahkan organik di Lakeview, California, terdiri daripada 45 hektar (111 ekar) di dasar tasik prasejarah, di mana enapan kaya nutrien yang terkumpul menyumbang kepada tanah atas yang subur. Ia adalah lokasi utama di mana penyelidik kami menyelidik bahan-bahan tumbuhan dari serata dunia untuk memberikan nilai nutrisi tertinggi kepada produk-produk kami, dan sumber amalan perladangan organik yang ditambah baik yang digunakan oleh semua lading NutriliteTM. Dengan mengkompos dan mengguna amalan perladangan yang diuji dengan teliti, Nutrilite mewujudkan struktur tanah yang lebih baik, membekalkan tanaman-tanaman dengan nutrien yang luas.

    Tanaman utama: alfalfa, karot, delima dan banyak tanaman penyelidikan.

    Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik

    Di Ladang Penyelidikan Pertanian kami di Lakeview, sukarelawan komuniti tempatan membantu menanam sayur-sayuran organik untuk kegunaan mereka sendiri, Ladang Penyelidikan Pertanian Nutrilite menganjurkan program dengan sekolah-sekolah tempatan, membawa pelajar-pelajar kawasan ke ladang untuk menanam tanaman sebagai projek sekolah setiap tahun.

  • RANCHO EL PETACAL

    RANCHO EL PETACAL

    Jalisco, Mexico

    Rancho El Petacal seluas 566-hektar (1400 ekar), ladang disahkan organik di barat daya Mexico. Ia mempunyai iklim tumbesaran yang ideal dengan banyak cahaya matahari serta hujan–sesuai untuk menanam tumbuhan kaya nutrien bagi semua produk NutriliteTM dan untuk petak ujian penanaman bagi penyelidikan. Ladang ini juga sumber pekerjaan yang utama bagi komuniti tempatan. Program-program penanaman hutan semula dalam kawasan ini telah membantu meningkatkan biodiversity dan mengekalkan keseimbangan semula jadi rantau itu.

    Tanaman utama: bayam, kubis daun, brokoli, selada air, pasli, limau gedang, oren, lemon, oregano, sej dan asparagus.

    Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik

    Ladang Nutrilite di Rancho El Petacal menguruskan Pusat Sokongan Kebudayaan dan Pendidikan. Di sini, kami menyediakan pendidikan asas mengenai nutrisi dan ekologi dan juga membantu projek-projek tempatan seperti membina gereja baru untuk komuniti tersebut.

  • FAZENDA AMWAY NUTRILITE DO BRASIL

    FAZENDA AMWAY NUTRILITE DO BRASIL

    Ubajara, Brazil

    Fazenda Nutriorganica adalah ladang Nutrilite terbesar. Kesemua 1660 hektar (4100 ekar) disahkan 100% organik. Sepanjang tahun, ladang itu menghasilkan ceri aserola, yang membekalkan 100% keperluan asid askorbik semula jadi (vitamin C) kami yang digunakan di dalam produk Nutrilite. Kebanyakan serangga perosak dan masalah penyakit dihalang dengan menyediakan nutrien organik yang seimbang seperti baja semula jadi daripada 300 ekor lembu kami di ladang yang memastikan pertumbuhan yang kuat dan sihat.

    Tanaman utama: aserola, picão preto (juga dipanggil Spanish needle) dan markisah.

    Ladang Nutrilite: Jiran Global yang Baik The Global Good Neighbour

    Fazenda Nutriorganica dahulunya merupakan tanah terbiar yang tidak diusahakan. Kini ia menjadi pusat kerja dan pembelajaran yang produktif serta perkembangan profesional dan peribadi. Projek penghutanan semula di sepanjang tebing Sungai Jaburu yang dianjurkan oleh Nutrilite kini sedang dijalankan.

AMALAN PERLADANGAN ORGANIK NUTRILITE


  • 1. MENAMBAH BAIK TANAH DENGAN NITROGEN
    1. MENAMBAH BAIK TANAH DENGAN NITROGEN
  • 2. MEMBAJAK TANAH DENGAN CACING TANAH
    2. MEMBAJAK TANAH DENGAN CACING TANAH
  • 3. MENUTUP TANAH DENGAN KEPINGAN PLASTIK
    3. MENUTUP TANAH DENGAN KEPINGAN PLASTIK
  • 4. MENANAM TUMBUHAN BAHAN-BAHAN MENTAH
    4. MENANAM TUMBUHAN BAHAN-BAHAN MENTAH
  • 5. PMELINDUNGI TANAMAN SECARA SEMULA JADI
    5. MELINDUNGI TANAMAN SECARA SEMULA JADI
  • 6. MEMETIK DI PERINGKAT PUNCAK
    6. MEMETIK DI PERINGKAT PUNCAK
  • 7. MEMBERSIHKAN LADANG MENGGUNAKAN BIRI-BIRI
    7. MEMBERSIHKAN LADANG MENGGUNAKAN BIRI-BIRI
  • 8. MENETAPKAN KALA RANG
    8. MENETAPKAN KALA RANG
  • 1. MENAMBAH BAIK TANAH DENGAN NITROGEN

    1. MENAMBAH BAIK TANAH DENGAN NITROGEN

    Tanaman kekacang ditanam untuk memperbaiki tanah dengan nitrogen yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman.

  • 2. MEMBAJAK TANAH DENGAN CACING TANAH

    2. MEMBAJAK TANAH DENGAN CACING TANAH

    Nutrien-nutrien organik ditambah ke dalam tanah. Apabila cacing tanah mengorek lubang dalam tanah, akar-akar tumbuhan boleh tumbuh lebih meluas.

  • 3. MENUTUP TANAH DENGAN KEPINGAN PLASTIK

    3. MENUTUP TANAH DENGAN KEPINGAN PLASTIK

    Tanaman kekacang ditutup dengan kepingan plastik. Apabila ia layu di bawah cahaya matahari, ia digunakan sebagai kompos.

  • 4. MENANAM TUMBUHAN BAHAN-BAHAN MENTAH

    4. MENANAM TUMBUHAN BAHAN-BAHAN MENTAH

    Sebaik sahaja tanah yang kaya dengan nutrien tersedia, tumbuhan bahan-bahan mentah ditanam. Air bawah tanah digunakan untuk pengairan.

  • 5. PMELINDUNGI TANAMAN SECARA SEMULA JADI

    5. PMELINDUNGI TANAMAN SECARA SEMULA JADI

    Larva kumbang kura-kura dan lalat Mei dan juga helang dan burung hantu membantu melindungi tanaman daripada serangga, burung dan makhluk perosak yang lain.

  • 6. MEMETIK DI PERINGKAT PUNCAK

    6. MEMETIK DI PERINGKAT PUNCAK

    Tanaman dipetik pada peringkat paling berkhasiat. Hanya bahagian-bahagian yang mengandungi nilai  pemakanan paling banyak dikumpulkan.

  • 7. MEMBERSIHKAN LADANG MENGGUNAKAN BIRI-BIRI

    7. MEMBERSIHKAN LADANG MENGGUNAKAN BIRI-BIRI

    Kawanan biri-biri digembala untuk meragut tunggul selepas tanaman dipetik.

  • 8. MENETAPKAN KALA RANG

    8. MENETAPKAN KALA RANG

    Selepas 3-4 tahun menanam dan memetik, ladang dibiarkan untuk suatu tempoh untuk membolehkan tanah mengembalikan kesuburannya secara semula jadi.