MENGAPA FITONUTRIEN?
PHYTO – perkataan Greek untuk “Tumbuhan”
NUTRIENTS – Bahan-bahan yang menampung kehidupan
Tidak seperti vitamin dan mineral, fitonutrien tidak penting untuk memastikan kita terus hidup. Namun, mengambil jumlah fitonutnutrien yang dikehendaki dengan secukupnya menerusi makanan atau suplemen akan membantu tubuh kita berfungsi pada tahap optimum.
MERAPATKAN JURANG NUTRISI
Apabila anda tidak boleh makan jumlah atau pelbagai
buah-buahan dan sayur-sayuran dari aneka warna yang disyorkan setiap hari, kami
boleh merapatkan jurang nutrisi itu dengan suplemen diet berasaskan
tumbuhan yang mengandungi fitonutrien.
KUASA FITONUTRIEN
Fitonutrien atau nutrien tumbuhan – yang didapati
dalam pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni – membantu
melindungi tumbuhan daripada tekanan fizikal dan pengoksidaan. Dalam diet
harian kita, fitonutrien membekalkan pelbagai manfaat kesihatan dari menggalakkan
kesihatan mata, tulang dan jantung, hingga menyokong sistem imun dan fungsi
otak kita. Dengan memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni,
kita boleh melindungi dan mengekalkan kesihatan.
Klik untuk Tonton
5 WARNA SEHARI ADALAH CARA YANG OPTIMUM
-
Kesihatan Otak
-
Kesihatan Daya Penglihatan
-
Kesihatan Jantung
-
Kesihatan Selular
-
Kesihatan Tulang + Sendi
-
Kesihatan Otak
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran ungu mengandungi fitonutrien kuersetin, resveratrol, asid elagik dan banyak lagi jenis antosianidin dan prosianidin yang berbeza.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Anggur, beri biru, boysenberi, terung, keledek ungu, pelam, bit dan beri hitam.
-
Kesihatan Daya Penglihatan
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran oren dan kuning mengandungi fitonutrien beta karotena, alfa karotena, beta-kriptoxantin, lutein, zeaxantin, kuersetin dan hesperidin.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Nanas, lemon, buah markisa, oren, tembikai wangi, karot, aprikot, keledek, tangerin, labu squash, betik dan jagung.
-
Kesihatan Jantung
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran merah mengandungi fitonutrien likopena, antosianidin, proantosianidin, beta karotena dan asid elagik.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Epal, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu, delima, lobak putih, raspberi, strawberi, ceri dan tomato.
-
Kesihatan Selular
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeaxantin, isoflavon, dan EGCG serta banyak lagi.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Kubis daun, kai lan, bayam, lada benggala hijau, selada air, zukini, brokoli, kubis brussels, kacang hijau, kacang soya dan teh hijau.
-
Kesihatan Tulang + Sendi
FITONUTRIEN UTAMA
Buah-buahan dan sayur-sayuran putih mengandungi fitonutrien EGCG, alisin, isotiosianat, kuersetin dan antosianidin.
APA YANG PERLU DIMAKAN
Lobak turnip, bawang, cendawan, lobak kuda, kacang ginjal putih, parsnip, bawang putih, bunga kubis, kacang pis mata hitam dan pir.