Asid Lemak Omega-3
Apa itu asid lemak Omega-3?
Asid lemak Omega-3 ialah nutrien penting yang
diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi. Namun begitu, oleh sebab nutrien
tersebut tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, penyelesaiannya ialah memastikan
anda menyertakan makanan yang kaya dengan omega-3 dalam diet anda atau
mengambil suplemen minyak ikan. Walau apa pun pilihan anda, anda perlu faham
memahami cara tubuh anda memproses bentuk omega-3 yang berbeza-beza serta
memahami cara anda boleh memilih sumber yang terbaik.
Omega-3 didatangkan dalam pelbagai bentuk dan sumber. Tiga jenis utama omega-3 ialah asid alfa linolenik (ALA), asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentanoic (EPA):
- ALA terdapat dalam kebanyakan makanan tumbuhan termasuk kubis daun, bayam, kacang soya dan banyak bijian serta kekacang seperti chia, flaks, hem, kacang walnut dan badam. ALA perlu ditukar menjadi EPA atau DHA sebelum ia boleh digunakan oleh tubuh manusia.
- EPA dan DHA boleh didapati dalam ikan yang lemak seperti salmon, trout, tenggiri, ikan bilis dan sardin yang memakan alga mikro. Jika anda tidak makan banyak makanan tersebut, suplemen omega-3 bermanfaat untuk anda.
Adakah Anda Mendapat Asid Lemak Omega-3 yang Mencukupi?
Satu kajian telah dijalankan di
Malaysia yang mendapati bahawa tahap diet asid lemak omega-3 dalam kalangan
pesertanya sangat rendah. Berdasarkan kajian itu, tahap asid lemak omega-3
pesertanya dilaporkan berada dalam lingkungan 0.22 – 0.28% kkal iaitu di bawah julat
yang disyorkan di Malaysia iaitu 0.301-1.20% kkal.
MENGAPA OMEGA-3?
Kaya dengan ciri-ciri antiradang, omega-3 menyumbang kepada manfaat kesihatan yang penting seperti: