Komitmen Terhadap Kualiti
Saintis Nutrilite bergantung pada langkah-langkah kualiti berperingkat untuk memastikan
produk kami memenuhi standard tertinggi. Kami mengikuti Amalan Pengilangan yang
Baik (GMP) semasa – amalan yang sudah termaktub dan dikehendaki untuk
pengeluaran dan ujian bagi memastikan kualiti sesuatu produk.
Pakar-pakar kami menjalankan lebih daripada
25,000 ujian setiap bulan + lebih daripada 500,000 penilaian kualiti setiap tahun, meliputi berbagai faktor termasuk 7 ujian kualitatif utama ini:
- Bahan Mentah – untuk memastikan kualiti bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam
produk tertentu.
- Pelarutan – untuk menentusahkan sama ada sesuatu nutrien boleh dilarutkan.
- Penghancuran – untuk memastikan tablet hancur dalam 30 minit atau kurang.
- Had Mikro – untuk mengesahkan bilangan plet dan ketiadaan patogen.
- Makronutrien – untuk menentusahkan paras lemak, serat, protein dan karbohidrat.
- Mikronutrien – untuk memastikan dakwaan label bagi semua vitamin, mineral dan nutrien
lain.
- Kestabilan – untuk memeriksa hayat simpan tablet.
Paten global untuk inovasi
Inovasi jenama Nutrilite telah diiktiraf dengan lebih daripada 190 paten yang diberikan dan sedang menanti kelulusan di seluruh dunia. Penyelidikan perintis dan standard ketat kami telah menjadikan kami peneraju dunia dalam industri suplemen pemakanan.
Paten kami merangkumi cara kami membangunkan pekatan tumbuhan yang digunakan di dalam produk Nutrilite, hingga ke cara kami memproses bahan-bahan, dan malah reka bentuk bungkusan kami serta tablet, kapsul kulit keras dan gel lembut.
Dengan kepakaran dalam pemakanan dan pembangunan
produk yang terkenal di dunia, saintis kami terus menambah baik jenama Nutrilite
dan produk kami yang berkualiti tinggi.
Pusat Kesihatan Optimum
Pusat Kesihatan Optimum di Buena Park, California, adalah ibu pejabat antarabangsa untuk Institut Kesihatan NUTRILITE (NHI). Setiap tahun, beribu-ribu Pemilik Perniagaan Amway belajar mengenai produk pemakanan secara langsung daripada para saintis terkemuka dan kesihatan peribadi mereka daripada pakar kecergasan, kesihatan dan jenama.
Prasarana seluas 33,000 kaki
persegi ini menempatkan pusat penilaian kesihatan komprehensif, tempat perjumpaan,
teater dan auditorium serta bahan-bahan pameran interaktif yang memaparkan
produk Nutrilite, sejarah dan sains.
Institut Kesihatan Nutrilite
Institut Kesihatan Nutrilite, yang beribu pejabat di Buena Park, California, AS, adalah peneraju global dalam sains pemakanan berasaskan tumbuhan. Institut Kesihatan Nutrilite mempertemukan peneraju-peneraju antarabangsa dalam sains pemakanan dari bidang akademik dan industri untuk mengkaji dan membincangkan penyelidikan saintifik, pendidikan dan amali, penyelesaian khusus untuk membantu pengguna mencapai kesihatan optimum mereka sendiri.
Menerusi penyelidikan dan dan hubungan yang berterusan
dengan institusi akademik terkemuka, Institut Kesihatan Nutrilite mengukuhkan
sains yang menyokong jenama vitamin, mineral dan suplemen dieta Nutrilite.