Sains dan Inovasi

ALAM & SAINS BERGANTUNG MENERUSI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Suplemen Nutrilite adalah produk alam dan sains. Kami terus meneroka bahan dan produk baru berasaskan penemuan saintifik terkini.

Setiap produk Nutrilite adalah hasil langsung ujian meluas dan analisis makmal, yang dikendalikan oleh lebih 200 saintis, pakar mikrobiologi, pakar kimia, pakar pemakanan dan juruteknik lain di 8 buah makmal penyelidikan dan pembangunan di serata dunia. Perkhidmatan analitikal komprehensif kami termasuk biocerakin, mikrobiologi dan kimia analitikal – menggunakan peralatan yang sangat canggih yang biasanya hanya didapati di makmal-makmal farmaseutikal. 

Selama lebih daripada 60 tahun, saintis kami telah berkolaborasi dengan organisasi penyelidikan klinikal yang terbaik di dunia dan telah meraih pengiktirafan global atas sumbangan penting mereka dalam  bidang pemakanan dan sains kesihatan. Kepimpinan yang kami tunjukkan dalam pelbagai bidang penyelidikan telah membuahkan hasil dalam pembangunan hubungan kerja dan  inisiatif berkongsi yang baik dengan badan-badan kawal selia kerajaan di AS, China dan Korea, termasuk berunding tentang bahan-bahan, amalan dan proses berkualiti yang diguna oleh pengilang suplemen diet. 

Menggabungkan Alam dengan Sains Sintetik

Di Nutrilite, kami mulakan dengan sumber alam semula jadi: bahan-bahan tumbuhan semula jadi dan pekatan daripada tumbuhan yang ditanam secara lestari.  

Menerusi penyelidikan saintifik, kami tahu bahawa sesetengah  vitamin dan nutrien lain memerlukan paras yang lebih tinggi daripada yang boleh didapati dari sumber-sumber tumbuhan sahaja – atau produk yang terhasil agak sukar untuk ditelan dengan betul apabila dimakan.  

Contoh terbaik adalah vitamin C. Di Nutrilite, kami melengkapkan  vitamin C semula jadi daripada ceri aserola kami sendiri dengan asid askorbik sintetik. Dengan cara itu, kami boleh memberikan paras vitamin C di dalam produk kami yang para saintis di seluruh dunia dapati bermanfaat.  

Hasilnya? Menerusi sains sintetik, kami boleh menghasilkan suplemen yang memenuhi standard tinggi kami dari segi kemujaraban, keberkesanan, saiz tablet dan hayat simpan.

Klik untuk Tonton