Mengapa Kita Perlukan Protein?
Apa itu Protein?
Protein terdapat di seluruh tubuh dan ia sebahagian
daripada setiap sel dalam tubuh anda. Pembinaan tisu merupakan fungsi utama
protein. Protein merupakan komponen struktur utama semua sel:
kulit, rambut, kuku dan tulang. Ia bahan mentah yang diperlukan
untuk tubuh anda
menghasilkan enzim yang
penting untuk fungsi tubuh, dari pencernaan hingga pembiakan. Protein penting dalam
penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi
otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh
sistem imun.
Tubuh manusia mengandungi lebih daripada 100,000 protein yang berbeza. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan protein, ia mesti diambil setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengganti protein yang hilang setiap hari.
Protein
boleh didapati dalam daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu
dan semuanya merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan semua asid amino
perlu. Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian
yang dikelaskan sebagai protein tak lengkap yang tidak mengandungi semua asid
amino perlu.
Siapa Perlukan Protein?
Kanak-kanak
Untuk tumbesaran dan perkembangan
Tempoh pembentukan sejak lahir hingga peringkat kanak-kanak menjadi asas kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak. Itulah sebabnya anda memerlukan sumber protein yang boleh dipercayai untuk memastikan asas kesihatan anak-anak anda kekal kukuh di sepanjang tahun-tahun tumbesaran dan perkembangan mereka. Dengan sumber protein yang tepat, anak-anak anda akan memperoleh khasiat penting untuk membentuk sistem imun dan otot yang kuat kerana nutrien membina dan membaiki tisu termasuk mengawal atur fungsi tubuh.
Penuaan yang Sihat
Untuk kecergasan, tenaga dan kesejahteraan umum yang dipertingkatkan.
Kita semua ingin menikmati proses penuaan yang sihat. Untuk itu, anda perlu makan jumlah protein yang tepat. Pengambilan protein mempengaruhi kecergasan dan tumpuan kerana nutrien ini diubah menjadi sumber tenaga harian anda. Protein juga meningkatkan sistem imun, menggantikan sel yang rosak dan meningkatkan kekuatan otot anda untuk memastikan anda menempuh hari anda, melakukan perkara yang anda gemari dengan penuh tenaga dan bersemangat.
Kecantikan
Untuk kulit yang kelihatan sihat
Usia dan jantina bukan penghalang untuk ingin kelihatan cantik. Kunci kepada kulit yang lembut dan berseri terletak pada kolagen yang diperbuat daripada protein berserat. Malah, kolagen terdiri daripada 30% jumlah protein tubuh! Ia menyatukan pelbagai organ dan sel tisu, menambah baik keanjalan dan menguatkan kulit. Protein juga perlu untuk pembentukan tisu baru serta pembaikan dan penjanaan semula tisu untuk memastikan penyelenggaraan saluran darah, tulang dan gigi yang sihat. Dengan sumber protein yang tepat, anda boleh mengekalkan kecantikan dan keremajaan anda.
TANDA AMARAN yang menunjukkan anda tidak mendapat protein yang cukup:
1. Rambut gugur dan kuku rapuh
Apabila anda tidak mendapat protein yang cukup, tubuh anda memasuki mod penjimatan. Antaranya, ia berhenti menggunakan protein dalam penghasilan rambut dan kuku.
2. Keletihan dan lesu
Rasa kurang bertenaga, tidur terlalu banyak dan secara umumnya raya tidak bermaya dan letih ialah tanda-tanda anda perlu merangsang tahap protein anda.
3. Kulit kendur dan berkedut
Kulit kita memerlukan asid amino untuk menjana protein struktur yang dipanggil kolagen. Jika tidak makan protein, kita tidak boleh menghasilkan kolagen. Protein ini adalah salah satu bentuk protein yang paling penting dalam tubuh kita. Ia bertanggungjawab menjadikan kulit kita anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.
4. Otot-otot menggeleber
Jika tubuh tidak mempunyai bekalan protein yang mencukupi, ia tidak boleh membina dan mengekalkan tisu-tisu otot dengan betul. Di samping itu, protein disimpan dalam otot dan akan digunakan oleh tubuh jika berlaku kekurangan.
5. Lambat pulih daripada kecederaan
Jika anda cedera dan mengalami kekurangan protein, tubuh anda akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.
6. Imunasi yang lemah
Protein ialah kunci kepada sistem imunasi yang kuat. Ia asas kepada sel darah merah, sel darah putih dan antibodi, semuanya bertindak bersama-sama untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria, virus dan patogen lain.