Kami Menghasilkan Salmon Omega-3 Tulen
Menggunakan alam semula jadi dan sains dalam keharmonian yang sempurna, Nutrilite mengeluarkan omega-3 yang tulen dan
setiap gel lembut mengandungi 300mg omega-3 yang kaya dan diperoleh secara
mampan untuk menawarkan kepada pengguna cara yang mudah untuk mengisi jurang diet dengan
sumber yang boleh dijejaki dan berkualiti.
Jaminan Kualiti
Untuk mengelakkan pengoksidaan,
semua gel lembut dikapsulkan dalam masa 72 jam dan ditambah vitamin E. Semua
proses pengeluaran dilakukan dalam persekitaran vakum untuk mengehadkan
pendedahan kepada cahaya dan udara. Kami juga menjalankan pemeriksaan produk
gel lembut setiap 30 minit.
- Bahan mentah diuji sebaik sahaja tiba dan dilakukan dalam khemah yang dikawal kualiti udaranya
- Ujian mikrob dijalankan pada bahan mentah sebelum pengeluaran
- Kami menjalankan lebih daripada 25 pemeriksaan kualiti di setiap peringkat pengeluaran.
Kemampanan
Sejak kebelakangan ini, industri minyak ikan telah berkembang pesat, menyebabkan perubahan dalam peneluran dan tabiat pemakanan ikan salmon. Sebagai sebahagian daripada pengawasan alam sekitar, pendekatan Mesra Lautan telah diambil dengan menggunakan pembekal untuk menangkap pelbagai spesis ikan agar tidak menyusutkan sumber alam semula jadi. Saintis Nutrilite meneroka serata dunia mencari bahan-bahan dan amalan pengilangan berkualiti tinggi yang diperoleh secara mampan dan akhirnya tiba di Peru dan Norway. Minyak ikan mengandungi:
- 60% Salmon ditangkap di persisiran fjord di Norway.
- 40% ikan bilis dan sardin dari Persisiran Pantai Peru yang produktif
Ketulenan
Penyulingan molekul berganda yang canggih memastikan setiap gel lembut mengandungi pekatan minyak ikan yang paling tinggi. Proses ini memisahkan, menulenkan dan memekatkan asid lemak omega-3 (EPA dan DHA) dalam minyak ikan dengan menggunakan suhu dan tekanan tertentu. Ia dilakukan lebih daripada sekali untuk mengeluarkan bahan cemar yang berbahaya seperti logam berat, dioksin, PCB dan toksin lain.
Pemprosesan canggih untuk mengekalkan ketulenan
Dari Lautan ke Suplemen
Ketika saintis Nutrlite membangunkan Nutrlite Salmon Omega-3 Complex, mereka meneroka serata dunia mencari bahan-bahan dan amalan pengilangan berkualiti tinggi yang diperoleh secara mampan dengan berpegang teguh kepada falsafah jenama Nutrilite; alam semula jadi dan sains dalam keharmonian yang sempurna. Persisiran pantai Peru dihubungkan secara langsung dengan Arus Humboldt, arus lautan unik yang mengalir dari Antartika dan kaya dengan alga mikro dan plankton yang tinggi kandungan EPA dan DHA yang bertindak sebagai sumber makanan utama kepada tenggiri, ikan bilis dan sardin yang menghuni sepanjang pantai Peru.
Untuk terus hidup dalam suhu arus yang sejuk, alga mikro dan fitoplankton mesti mengandungi tahap asid lemak EPA dan DHA yang tinggi untuk mengekalkan bendalir dinding selnya dan menjalankan fungsi kemandirian sel yang penting.
Ikan bilis dan sardin bukan sahaja sumber EPA dan DHA yang sangat baik dan bermanfaat kepada kesihatan tetapi oleh sebab ikan-ikan ini berada bahagian bawah rantai makanan, ia mengandungi kurang bahan cemar yang disebabkan oleh bioakumulasi seperti logam berat.