Sendi yang menua perlukan glukosamina
Kita menggunakan sendi
sepanjang hari, setiap hari. Sama ada untuk mengekalkan rutin berlari atau
sekadar menaiki tangga dalam kehidupan
seharian, ia boleh memudaratkan sendi kita.
Kerana sendi memainkan
begitu banyak peranan dalam rutin harian kita, menyokongnya haruslah menjadi
keutamaan. Nutrien seperti glukosamina boleh membantu menyokong sendi anda dan
membolehkannya sentiasa bergerak. Glukosamina adalah blok binaan utama untuk
sendi yang sihat.
“Apabila kita menua, sendi
kita perlukan lebih glukosamina berbanding yang boleh dihasilkan oleh tubuh
kita,” kata Jina Hong, Ph.D., penyelidik pemakanan untuk jenama Nutrilite.
Di samping menambah glukosamina
kepada rutin suplemen anda, di sini ada banyak cara untuk membantu menyokong
sendi dan pergerakan yang sihat pada sebarang usia:
- Fikirkan semula diet anda. Sesetengah makanan boleh
menentang keradangan termasuk ikan dan kacang soya yang sarat dengan asid
lemak omega-3, ceri yang mengandungi antosianin dan produk tenusu yang kaya
kalsium.
- Buat regangan sebelum dan selepas aktiviti kardio. Regangan yang lembut mempersiapkan sendi anda untuk aktiviti yang lebih lasak. Dan regangan penenang yang bagus boleh membantu melegakan tekanan sendi.
- Selaraskan senaman anda. Jika anda tidak mampu berlari laju, berjalanlah dengan seorang rakan atau nikmati keseronokan berbasikal. Sebarang aktiviti adalah menyihatkan – terutamanya jika anda boleh mengelakkan kesakitan atau kecederaan!