Fitonutrien Penting – Dapatkan Yang 5 Itu!

Fitonutrien Penting – Dapatkan Yang 5 Itu!

Di manakah anda boleh mencari makanan yang kaya nutrien paling berwarna-warni? Pasar tani dan bahagian hasil pertanian di kedai runcit anda!

Semua buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna ceria itu sarat dengan fitonutrien – sebatian organik yang didapati dalam tumbuhan yang dianggap dapat menggalakkan kesihatan manusia.

“Fitonutrien membekalkan pelbagai manfaat kesihatan,” kata Don Pusateri, saintis utama untuk jenama Nutrilite. “Kerana itulah buah-buahan dan sayur-sayuran adalah komponen utama untuk diet yang sihat, menyumbang banyak vitamin, mineral dan serat, di samping fitonutrien.”

Barangkali tiada sesiapa mengiktiraf kuasa fitonutrien lebih daripada pengasas Nutrilite Carl F. Rehnborg.

Mengimbas kembali pada 1930-an ketika Carl sedang mengkaji pemakanan, beliau melihat ramai yang tidak mendapat cukup buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet mereka. Bagaimana jika satu  suplemen boleh membekalkan vitamin, mineral dan “faktor makanan yang berkaitan” – apa yang kini kita kenali sebagai fitonutrien – untuk mengisi jurang diet?

Dengan itu lahirlah suplemen multivitamin/multimineral yang pertama, lengkap dengan nutrien tumbuhan, yang dijual di Amerika Utara.

Banyak yang berlaku sejak itu. Hari ini, sebahagian besar orang dewasa di seluruh dunia makan kurang daripada minimum 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.* Malah, kebanyakan kita sepatutnya menggandakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kita untuk memenuhi saranan ini!

Nasihat kami?

  • Dapatkan yang 5 itu! Makan 5 hidangan atau lebih dari pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari demi manfaat kesihatan dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
  • Pertimbangkan suplemen untuk memenuhi mana-mana jurang nutrisi dalam diet anda.

* http://www.who.int/elena/titles/fruit_vegetables_ncds/en/