4 Fakta Fito Yang Anda Perlu Tahu!

4 Fakta Fito Yang Anda Perlu Tahu!

Tetapi, Mula-mula Sekali – Kembali ke Zaman Silam!

PhytoThe Nutrilite DOUBLE X™ adalah nama yang cukup dikenali ramai di seluruh dunia, dengan generasi demi generasi mengakui keberkesanannya terhadap kesihatan umum secara keseluruhan. Di dalam tiga tablet kecil, ia merangkumi semua yang kita perlukan untuk menambahkan diet kita dengan – vitamin, mineral dan fitonutrien penting.

Tetapi bagaimana semua ini bermula? Dengan inovasi dan kebijaksanaan Carl F. Rehnborg kira-kira 100 tahun yang lalu, pemerhatiannya tentang pemakanan yang teruk sebagai punca kesihatan yang teruk menyebabkan beliau terus berusaha untuk merumuskan suplemen diet semua dalam satu yang sempurna. Apa yang bermula sebagai 'rebusan' tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran berdaun, tulang dan paku berkarat kini telah berkembang menjadi Nutrilite, jenama suplemen diet dan vitamin No. 1 dari segi jualan di dunia.*

Suplemen yang mandahului zamannya
DOUBLE X yang pertama dilancarkan pada musim bunga tahun 1948 dengan angka Roman XX, yang bererti 20, diposisikan betul-betul di depan bungkusan. Harga runcit, kira-kira USD20 untuk bekalan satu bulan, menjadi inspirasi di sebalik nama produk. Di dalamnya terdapat dua botol kapsul vitamin yang mengapit kotak kecil tablet mineral.

Walaupun Nutrilite mempunyai pelbagai jenis suplemen, tidak syak lagi produk bintangnya ialah DOUBLE X. Dengan fitonutrien sebagai komponen utama pek, tidak hairanlah bahawa DOUBLE X adalah kegemaran dalam kalangan mereka yang mementingkan kesihatan hinggalah kepada mereka yang mencari suplemen yang mudah lagi menyeluruh untuk mendapatkan nutrien penting mereka.

Apa sebenarnya fitonutrien dan apa yang ia lakukan untuk kita? Berikut adalah 4 fakta fito yang akan mengejutkan anda!


Ambil Buah-buahan dan Sayur-Sayuran itu!

Head for the woodsBuah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza memberikan anda pelbagai jenis fitonutrien (untuk pengetahuan, fitonutrien adalah nutrien tumbuhan! Fito = tumbuhan) yang mempunyai pelbagai manfaat. Cara termudah untuk mengetahui manfaat kesihatan yang dimiliki setiap satunya adalah dengan melihat warnanya. Sebagai contoh;

• Kuning atau oren bermaksud bahawa ia mengandungi karotenoid seperti alfa- dan beta-karotena. Selalunya sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam kumpulan ini akan membantu dari segi imuniti dan kesihatan mata.
• Merah atau merah jambu menunjukkan bahawa buah-buahan atau sayur-sayuran itu adalah tinggi kandungan likopena yang dikatakan mengurangkan risiko kanser. Tomato termasuk dalam kategori ini, seperti limau gedang merah jambu dan tembikai.


Kubis Daun Menjadi Penyelamat!

Write it outKubis daun sering dipuji sebagai makanan ‘super’ dan boleh didapati di dalam banyak salad dan bar makanan kesihatan. Apakah yang bagusnya tentang kubis daun yang menjadikannya sebagai tambahan kepada diet kita yang sangat dicari-cari? Kubis daun mengandungi jumlah flavonoid yang banyak – kuersetin dan kaempferol – yang dikatakan mempunyai ciri-ciri antiradang, antivirus, menurunkan kolesterol, dan juga antikemurungan (hanya menamakan beberapa sahaja dari senarai manfaatnya yang panjang). Mahukan semua manfaatnya tetapi juga semua kemudahannya? Salah satu bahan yang dimasukkan ke dalam perumusan DOUBLE X ialah Kubis Daun!


Fito Apa?

Smile and laughTidak seperti vitamin dan mineral, fitonutrien sering diabaikan apabila mengambil suplemen. Banyak multivitamin di luar sana tidak memasukkan fitonutrien dan manfaatnya. Walaupun mineral dan vitamin penting untuk kesihatan anda, fitonutrien adalah penting dalam mengoptimumkan sistem imun anda, dan bertindak sebagai perlindungan daripada oksidan dan penyakit berbahaya.


Gandakannya!

DOUBLE X mempunyai 17 pekatan tumbuhan yang bersedia untuk memenuhi keperluan fitonutrien harian anda. Beberapa tumbuh-tumbuhan kaya antioksida yang dimasukkan ke dalam DOUBLE X ialah beri biru, delima, brokoli dan sej.

Lihatlah Nutrilite DOUBLE X yang terbaharu di sini.

*Sumber: Euromonitor International Limited