2020 Adalah Tahun yang Mengagumkan – Ini Sebabnya
Kebanyakan kita akan bersetuju bahawa 2020 adalah tahun yang sungguh unik – tahun yang penuh cabaran tetapi pada masa yang sama kita mempunyai peluang untuk lebih rapat dengan insan yang tersayang.
Kerana itulah kami ingin kongsikan pengalaman kegemaran kami dengan anda. Ini adalah keseluruhan 6 acara Nutrilite yang mengujakan yang dilancarkan pada tahun ini untuk membantu anda kekal sihat dengan menggunakan alam semula jadi dan sains dalam keharmonian yang sempurna.
Cabaran BodyKey Star Challenge
Dilancarkan pada Jun, BodyKey Star Challenge 60 hari secara maya disasarkan untuk memotivasikan ABO bagi memulakan perjalanan kecergasan mereka dengan pasukan yang bersemangat walaupun ketika berdepan dengan “lockdown”. Cabaran itu amat berjaya apabila orang mengirimkan video perubahan berat badan mereka di sepanjang acara maya tersebut – dan memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti Penimbang InBody Dial, earpod tanpa wayar dan banyak lagi!
Ini juga merupakan masa kami melancarkan BodyKey InBody Dial. Penimbang berinovasi yang menggunakan kaedah elektrod sentuhan 8 titik, ia mengukur dengan tepat jisim otot, BMI, BMR, lemak viseral dan banyak lagi di seluruh tubuh anda. BodyKey InBodyWATCH, penjejak kecergasan boleh pakai juga tersedia untuk mereka yang sentiasa ingin menjejaki matlamat kecergasan mereka.
Pelancaran Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite
Sejajar dengan standard Nutrilite yang tinggi, Minuman Peptida Kolagen Campuran telah dilancarkan dengan harapan yang besar pada bulan September. Memiliki banyak manfaat pemulihan, memasukkannya ke dalam rutin kecantikan anda akan menjanjikan perlindungan terhadap penuaan. Protein penting dalam minuman kolagen ini mengekalkan keserian kulit anda di samping menjamin kesihatan kuku dan rambut yang lebat lagi berkilat. Apa yang bagusnya, ia juga menjaga dalaman tubuh anda dengan meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan pencernaan.
Nutrilite Mixed Fiber Powder Khusus untuk Usus
Satu lagi produk yang membuka laluan utama tahun ini adalah Nutrilite Mixed Fiber Powder. Dilancarkan pada November baru-baru ini, adunan serat diet larut yang berkuasa ini kian hampir untuk menjadi salah satu produk kami yang paling popular! Melegakan sembelit dan meningkatkan kesihatan pencernaan, serbuk serat tidak berbutir ini juga merangkumi prebiotik untuk usus yang sihat. Kerana ia tersedia dalam pek batang yang mudah, mengambil dos harian kini menjadi semakin senang – lagipun usus yang sihat menghasilkan kecantikan luar dan dalam. Rasa tersekat? Gerakkan dengan Nutrilite Mixed Fiber Powder!
HEBAT Famili & Mama
Pada 11 Julai, hari Sabtu yang biasa menjadi luar biasa apabila e-rali HEBAT Famili bermula dengan persembahan penuh bertenaga oleh personaliti tempatan popular Alif Satar. Tetapi acara hebat itu tidak terhenti di situ sahaja! Acara maya yang telah distrimkan secara langsung kepada lebih 2,900 penonton di laman Facebook Nutrilite Malaysia itu juga merangkumi ceramah istimewa oleh doktor-doktor tempatan yang tersohor serta tip-tip berguna oleh penceramah ABO yang pakar mengenai cara meningkatkan kesihatan keluarga dengan suplemen Nutrilite kerana keluarga yang sihat adalah keluarga yang bahagia.
Jangan lupa pula HEBAT Mama yang akan berlangsung pada 19 Dis. Memfokus kepada wanita-wanita yang perlu melakukan kerja pejabat dan kerja rumah tanpa mengenal penat, kempen ini telah melancarkan pek HEBAT Mama 7 hari yang mengandungi Mixed Fiber Powder, Minuman Kocak Pengganti Sajian dan Mixed Probiotic with Chicory Root Extract, semuanya untuk meningkatkan kesihatan Mama! Ini tentunya salah satu cara untuk membolehkan semua mama menjaga kesihatan dan kesejahteraan mereka dengan lebih baik!
Kempen Penjenamaan Nutrilite
Kami adalah satu-satunya jenama vitamin dan suplemen yang menanam bahan-bahan di ladang-ladang kami sendiri yang disah organik*. Jangan hanya percaya kata-kata kami semata-mata kerana kami ingin menyokongnya dengan bukti yang anda perlukan. Bersandarkan kepada bahan-bahan yang tulen, menjalankan pelbagai pemeriksaan keselamatan dan menghasilkan suplemen yang mujarab, kami memulakan kempen yang memfokus kepada kemampuan kebolehjejakan jenama kami dari biji benih hingga suplemen pada September. Sejak itu kami telah menghasilkan banyak sumber pendidikan dan akan terus melakukannya pada 2021. Jadi, pelajari segalanya mengenai mengapa kami menunjukkan kepada anda apa yang sedang berlaku di sebalik label Nutrilite bagi menjamin bahawa suplemen Nutrilite adalah Tulen, Selamat dan Berkesan.
- Laman mikro: https://traceability.nutrilite.com.my/
- eRisalah: amway.my> Pengetahuan > Sumber Produk > Pemakanan & Kesejahteraan > Information ATAU https://www.nutrilite.com.my/en/article/the-brand-story
- YouTube: https://www.youtube.com/playlist?list=PLVgbkKIcoVPzr7Jqh09G2c41Tb5weflkV
- AmwayNow: https://amwaynow.my/articles/nutrilite-traceability
*Sumber: Euromonitor International
Perluasan Program Kesetiaan Nutrilite
Akhir sekali, Program Kesetiaan Nutrilite telah melakukan perluasan yang mengujakan dan kini menawarkan 10 pelan di bawah program langganannya. Dengan dua pelan baru untuk dipilih, anda mendapat kemudahan tambahan dan suplemen yang menyihatkan di pintu rumah anda dan juga menikmati diskaun hebat serta penghantaran percuma! Daftarkan saya untuk Program Kesetiaan Nutrilite ini! Untuk maklumat lanjut, baca ini: https://www.amway.my/sopProducts