Ladang Mexico: Cacing Sedang Bekerja
Di Rancho El Petacal di Jalisco, Mexico, salah satu daripada tiga ladang
milik Amway yang disahkan organik, apabila anda berdiri diam-diam dan mendengar
dengan teliti, anda boleh mendengar … bunyi mengunyah. Siapa yang sedang
mengunyah itu? Cacing.
Lima tan cacing.
“Kami memberinya makan bahan lebihan dari proses penuaian dan pemprosesan
serta sisa organik yang lain,” kata Pengurus Ladang Gerardo Gordillo. “Apabila anda berdiri di sebelah
ladang, anda benar-benar boleh mendengarnya makan.”
Di ladang cacing yang sihat, cacing memproses bahan makan yang bersamaan
dengan berat badannya setiap hari. Sisa buangannya iaitu najis, dikumpulkan
dengan menyiram dan mengeringkan batas-batas cacing berkali-kali.
Hasilnya adalah 260,000 liter humus cair yang kaya nutrien setahun, kunci
kepada pembajaan tanaman organik ladang yang dikhaskan untuk produk Nutrilite.
Ladang cacing setengah ekar itu bermula sebagai projek rintis kecil pada
2007 dengan beberapa kilogram – atau kira-kira 5 paun – cacing merah Mesir yang
hidup. Selepas penyelidikan meluas ke atas keadaan optimum bagi memelihara dan
memberi makan cacing, mengawal haiwan perosak, mengumpul humus cair dan menguji
serta menambah baik kandungan nutriennya, pekerja ladang telah meluaskan
operasinya.
Ana Chavez, penyelaras perhubungan awam di ladang, mengatakan bahawa ia
merupakan hentian popular bila-bila Pemilik Perniagaan Amway datang berkunjung.
“Terdapat tradisi terbaru dalam kalangan beberapa kumpulan di mana
mereka saling mencabar supaya memakan cacing hidup,” kata Chavez, “Dan itu
bukan cabaran yang kecil.”
Mengapa? Nama saintifik untuk cacing merah ialah Eisenia fetida. Fetida dalam
Bahasa Latin bererti berbau busuk. Ini kerana cacing ini akan mengeluarkan
cecair busuk apabila berasa dirinya terancam.
“Ada yang makan cacing itu,” katanya. “Kebanyakannya tidak.”