Adakah Anak Anda Perlukan Multivitamin?
Adakah Anak Anda Perlukan Multivitamin?
Di antara aktiviti sekolah, bersukan dan bermain, anak-anak hari ini menjalani kehidupan yang aktif dan sentiasa sibuk. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda perlu memastikan bahawa mereka sentiasa dilindungi, gembira dan bertenaga. Memastikan anak-anak anda makan secara sihat sangat penting, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan mengalami perkembangan yang pantas.
Pemakanan yang Baik untuk Memulakan Hari Anda
Walaupun anda melakukan yang terbaik untuk memastikan anak-anak anda makan sajian yang seimbang, seringkali pasti ada jurang pemakanan dalam diet mereka yang disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
- Cerewet makan.
- Tidak makan buah-buahan dan sayuran yang cukup, menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh yang sedang membesar.
- Makan makanan yang terlalu diproses yang tinggi kandungan gula, pengawet atau perisa tiruan.
- Tak toleran atau alah kepada makanan tertentu.
- Keadaan kesihatan yang menjejaskan penyerapan makanan yang sempurna seperti penyakit Coeliac atau penyakit Crohn.
Fakta
- Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari.
- Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).>
Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan! Bagaimanakah kita hendak merapatkan jurang pemakanan itu? Satu cara mudah untuk melakukannya ialah dengan mempertimbangkan untuk memberikan suplemen yang khusus untuk kanak-kanak. Namun persoalannya ialah bagaimana hendak memilih suplemen yang tepat?
Memilih Suplemen Kanak-kanak yang Tepat
Jika anda memilih untuk memberikan multivitamin kepada anak anda, anda harus tahu butiran setiap yang berikut:
- Periksa bahan-bahannya.
Pastikan ia tidak mengandungi sebarang perisa atau pewarna tiruan, aspartame dan laktosa. Banyak multivitamin kanak-kanak mengandungi banyak GMO yang boleh dikaitkan dengan kesan sampingan yang berbahaya. Elakkan semua ini dan cari jenama yang mengandungi bahan-bahan semula jadi yang menanam, menuai dan memproses di ladang mereka sendiri yang disahkan organik.
- Elakkan multivitamin boleh kunyah yang mengandungi sirap glukosa.
Bahan yang biasa ditemui ini boleh menyebabkan kerosakan gigi. Cari vitamin boleh kunyah yang mengandungi bahan pemanis semula jadi seperti xilitol atau stevia yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.
- Mengandungi zat besi, kalsium, magnesium, zink serta vitamin A, C dan E.
Ini ialah nutrien-nutrien yang biasanya tidak diperoleh kanak-kanak secukupnya:
- Zat besi: Kekurangan nutrisi paling biasa dalam kalangan kanak-kanak bertatih dan juga kanak-kanak yang lebih besar.
- Kalsium: Diperlukan untuk pembentukan tulang. Pengambilan kalsium yang sempurna dari zaman kanak-kanak dapat membantu mengekalkan jisim tulang yang normal dalam peringkat kehidupan seterusnya.
- Magnesium: Mineral penting yang mengekalkan kekuatan tulang dan kestabilan ritma jantung. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu mengekalkan fungsi otot dan saraf.
- Zink: Nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan yang sempurna.
- Vitamin A: Menyokong penglihatan yang lebih baik serta membantu pembentukan dan penyenggaraan kulit yang sihat.
- Vitamin C: Membantu mengekalkan kesihatan tisu-tisu tubuh seperti gusi dan otot. Vitamin C juga membantu tubuh menyerap zat besi yang penting untuk kanak-kanak dan melindungi sel daripada radikal bebas.
- Vitamin E: Antioksidan yang berkuasa ini membantu menentang radikal bebas.
立即购买!