Semai Tabiat Baik, Ayah!

Semai Tabiat Baik, Ayah!

Hari Bapa sudah semakin hampir. Jadi, inilah masanya untuk mengingatkan mereka dan orang-orang di sekeliling mereka agar kekal kuat, sihat dan bertenaga. Pemakanan yang baik adalah cara terbaik untuk mencapainya. Ia bukan hanya untuk lelaki pertengahan umur tetapi juga untuk anak-anak mereka, rakan-rakan dan juga bapa mereka sendiri.

Bahan Api untuk Kehidupan

Blok binaan yang penting untuk tubuh manusia, protein adalah salah satu daripada nutrien yang membuatkan lelaki kekal bertenaga. Otot, rambut dan semua jenis fungsi tubuh bergantung kepada bekalan protein yang berterusan. Namun yang peliknya, ia juga salah satu perkara yang tidak dikekalkan oleh tubuh untuk jangka waktu yang lama. Diet sihat yang terdiri daripada daging dan sayur-sayuran yang kaya dengan protein sememangnya bagus tetapi jika mengambilnya terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain pula.

Oleh itu, memilih minuman kocak protein yang baik adalah cara terbaik untuk mendapatkan protein yang mencukupi untuk kehidupan seharian lelaki. Protein lengkap seperti soya adalah mudah dicerna dan memenuhi keperluan yang ketat untuk aktiviti besar mahupun kecil.

Adiwira Kecil di Rumah

Adiwira Kecil di RumahSama seperti permainan blok binaan yang mereka gemari, minuman kocak protein adalah bermanfaat untuk kanak-kanak membesar dengan kuat dan membina tubuh yang sihat. Gandingkannya dengan multivitamin kunyah yang merangsang sistem imun dan memberikan 10 vitamin penting yang mereka perlukan untuk melawan penyakit biasa dan memastikan mereka sentiasa aktif. Manfaat tambahan jika ia mengandung zat besi, yang membantu darah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh, memastikan anak lelaki yang aktif membesar dengan kuat.

Pencari Nafkah

Orang dewasa muda yang bertanggungjawab tahu bahawa kekerapan mengambil cuti sakit boleh menjejaskan produktiviti mereka dan membuatkan mereka berasa teruk. Di samping dos protein yang sihat sebagai bahan bakar tubuh untuk menjalani hari itu, suplemen vitamin C pula menyokong pertahanan semula jadi badan agar mereka dapat melunaskan pelbagai tugasan. Ia juga menggalakkan tulang yang lebih kuat untuk keyakinan fizikal, serta gusi dan gigi yang kuat untuk senyuman yang menawan.

Dengan begitu banyak tugas harian yang melibatkan skrin, mudah untuk memberi tekanan kepada mata. Mata yang letih membawa kepada kelesuan, yang boleh menjejaskan prestasi di tempat kerja. Dapatkan suplemen dengan ekstrak bilberi yang memberikan antioksidan untuk retina, menggalakkan aliran darah dan oksigen di sekeliling mata. Suplemen semula jadi yang lain yang perlu dipertimbangkan ialah herba milk thistle dan dandelion yang membantu hati dalam fungsi hariannya dan mengekalkan kadar metabolisme tubuh dalam ritma yang muda.


Patriark

PatriarkMereka yang bekerja keras untuk kebebasan masa seharusnya dapat benar-benar menikmatinya. Walaupun protein akan memberikan otot kekuatan yang mencukupi sepanjang tahun, dapatkan suplemen glukosamina yang melindungi sendi, mengurangkan keradangan. Ia dianggap sebagai rawatan alternatif yang mantap untuk masalah sendi degeneratif dan akan mengurangkan ketidakselesaan apabila ia berlaku.

Jangan lupa juga bahawa badan yang bersih adalah badan yang sihat. Ekstrak nettle root dan saw palmetto akan membantu meningkatan kesihatan saluran kencing dan pundi kencing, membantu orang dewasa yang sudah berumur dalam membuang cecair badan. Minyak biji labu juga akan memastikan prostat kekal sihat, yang merupakan berita baik bagi mana-mana lelaki.

Setiap lelaki tahu bahawa untuk dihormati rakan sejawat dan cemerlang dalam apa yang mereka lakukan, mereka mesti terlebih dahulu benar-benar sihat untuk melakukannya. Selain gaya hidup yang aktif dan minda yang tajam, pemakanan yang baik juga penting untuk memastikan mereka kekal sihat dan bertenaga. Ia adalah masa yang baik untuk mengingatkan golongan Adam dalam hidup anda untuk memberi inspirasi melalui pemakanan yang baik! Selamat Hari Bapa!