Dapatkan Minuman dari Sumber Awet Muda Semula Jadi
Kulit berkeruping, garis-garis halus, jerawat dan kekusaman - alangkah baiknya jika kita dapat ucapkan selamat tinggal kepada semua masalah kulit ini dengan hayunan tongkat sakti?
Sungguh menakjubkan tetapi malangnya tongkat sakti tidak wujud (lagi!) untuk membalikkan tanda-tanda penuaan. Buat masa ini, kulit anda bergantung pada gaya hidup sihat yang padat dengan nutrisi serta rutin penjagaan kulit yang baik dan sedikit bantuan daripada sumber awet muda semula jadi untuk melambatkan kesan penuaan.
Apa itu Sumber Awet Muda Semula Jadi?
Ia adalah kolagen! Selama berabad-abad, wanita Asia memakan sup dan hidangan yang menggunakan sirip ikan yu, tulang ayam dan lembu untuk mendapatkan manfaat kesihatan dan kecantikan daripada kolagen yang tersimpan dalam tisu haiwan dan ikan ini.
Hari ini, sains menyokong makanan kesihatan tradisional ini dan manfaat kolagen dipuji secara meluas. Kolagen, bagi mereka yang tidak mengenalinya, adalah protein penting yang diperlukan oleh badan untuk memastikan kulit anda anjal dan awet muda. Malah, hampir 75% daripada kulit anda terdiri daripada kolagen!
Tetapi Kolagen Bukan Hanya Untuk Muka yang Cantik!
Bayangkan kolagen sebagai gam yang menyatukan kulit anda. Sebaik sahaja gam itu hilang (dan ia berlaku seiringan dengan usia), kulit kehilangan keanjalan yang menjurus kepada kulit mengendur dan berkedut. Walaupun kolagen adalah protein, ia juga merupakan bahan utama untuk mengurangkan kerapuhan kuku dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Ia juga mempunyai manfaat lain seperti membaiki dan mengekalkan kekuatan tulang anda di samping mengurangkan sakit sendi dan tendon. Selain itu, kolagen juga boleh mengurangkan risiko masalah jantung. Disebabkan kolagen merupakan protein penting yang membentuk arteri, tanpa kolagen yang mencukupi, arteri jantung boleh menjadi lemah dan mudah terjejas.
Kini, walaupun badan menghasilkan kolagennya sendiri, seiring dengan peningkatan usia, badan kita menguraikan kolagen dengan lebih pantas daripada kolagen yang dapat kita hasilkan. Inilah ketikanya suplemen kolagen boleh memberikan badan anda rangsangan kebaikan kolagen.
Kecantikan dari Dalam dengan Minuman Peptida Kolagen Campuran
Walaupun agak mustahil untuk menghentikan sepenuhnya proses penuaan, anda boleh melambatkannya dengan sedikit bantuan Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite.
Memanfaatkan kehebatan sifat sumber awet muda semula jadi dengan oligopeptida kolagen marin dan peptida kacang soya, minuman dwipeptida ini menyuburkan badan dan memberikan seri pada kulit wajah anda. Peptida tersebut diekstrak menggunakan pengekstrakan Bioenzimatik agar kombo peptida kolagen dapat terurai menjadi molekul yang lebih kecil untuk penyerapan nutrien yang lebih berkesan oleh badan.
Bukan itu sahaja, menambahkan lagi kebaikan tersebut adalah kemasukan ekstrak bunga kekwa semula jadi. Bunga kekwa adalah antioksidan berkuasa yang mencegah kerosakan sel dan membantu membaiki kulit dengan sendiri agar tampak lebih muda. Selain itu, minuman ini tanpa gula dan didatangkan dalam paket individu yang mudah diminum dengan hanya perlu dibancuhkan dengan air – menjadikannya bagus diminum walaupun ketika anda sibuk dan di mana jua anda berada.
Kecantikan bermula dari dalam. Oleh itu, aktifkan semula, pulihkan dan lindungi dengan Nutrilite. Inginkan lebih banyak lagi?
Kecantikan dari Luar dengan Sheet Masks
Beli 2x Kotak Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite & Dapatkan essentials by ARTISTRY Sheet Masks PERCUMA!
Bagi bulan April 2021, kami akan memberikan satu pek essentials by ARTISTRY Sheet Masks (bernilai RM60) secara percuma apabila anda membeli dua (2x) kotak Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite.
Pilih Essential Hydrating Sheet Masks atau Brightening Hydrating Sheet Masks:
- Essential Hydrating Sheet Masks: Mengandungi ekstrak dendrobium nobile yang eksklusif dan ekstrak Sakura untuk memberikan penghidratan sehingga 8 jam.
- Brightening Hydrating Sheet Masks: Mengandungi ekstrak dendrobium nobile yang eksklusif dan Magnolia Sieboldii yang merangsang keserian sebanyak 7% hanya 30 minit selepas digunakan.
Dapatkan kotak Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite anda & essentials by ARTISTRY Sheet Masks PERCUMA hari ini!