Mengimbau Kembali tahun 2021 dengan Nutrilite

Mengimbau Kembali tahun 2021 dengan Nutrilite

Kehidupan yang kita lalui pada tahun 2021 memang amat mencabar! Fenomena pandemik Covid-19 menyebabkan semua orang menjalani kehidupan dengan norma baru, dari perintah kawalan pergerakan dan bekerja dari rumah hingga ke pemvaksinan dan kembali bekerja di pejabat, ABO dan APC (Pemilik Perniagaan Amway dan Pelanggan Istimewa Amway) telah menunjukkan sikap tabah dan dedikasi untuk kekal selamat dan kekal sihat seiring dengan pengetahuan dan pemahaman yang sentiasa berkembang mengenai dunia eDagang.

Tahun ini juga terbukti sebagai tahun yang mencabar bagi Nutrilite dan BodyKey! Walaupun harus berdepan dengan fenomena pandemik, Nutrilite telah melancarkan banyak produk dan kempen yang hebat dan berjaya yang mengingatkan kita semua kepada #kitajagakita

Berikut adalah imbauan kembali beberapa pelancaran produk Nutrilite yang utama sepanjang tahun ini:

new and advanced BodyKey Meal Replacement Shakes

Oktober:

BodyKey Meal Replacement Shakes yang baru dan dipertingkat

Kempen Nutrilite

Tanpa ABO yang setia dan rajin, Nutrilite dan Amway tidak akan berjaya sepanjang tahun ini. Walaupun terdapat perubahan dalam cara ABO kita menjalankan perniagaan mereka, mereka tidak pernah putus asa berusaha membantu orang menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat. Sikap dedikasi inilah yang menyebabkan kempen kami begitu berjaya:

Traceability: From Seed to Supplement

Oktober:

Kebolehjejakan: Dari Biji Benih ke Suplemen: Lalui pengalaman 3D dan jejaki bagaimana suplemen dihasilkan. Klik ini

START NOW with Nutrilite & ARTISTRY

START NOW dengan Nutrilite & ARTISTRY (Sep – Disember 2021):

Kempen peruncitan yang eksklusif untuk ABO Platinum dan Ke Atas, START NOW menggalakkan para ABO untuk menjual produk Nutrilite dan/atau ARTISTRY bagi memenangi hadiah-hadiah peringkat bulanan dan meningkatkan peluang mereka memenangi hadiah Cabutan Bertuah Utama setelah kempen tersebut berakhir. Kempen ini juga diadakan untk menggalakkan ABO membina kesihatan dan kesejahteraan mereka bersama Amway bagi tempoh jangka masa yang panjang.

BodyKey Warrior Virtual Programme

Program Maya BodyKey Warrior (Musim 2):

Selepas sambutan yang memberangsangkan pada Musim 1 di mana ABO belajar cara membina dan mengembangkan perniagaan BodyKey mereka sendiri dengan tumpuan pada diet, kecergasan, membina komuniti dalam talian, bimbingan dan cara untuk meningkatkan kehadiran media sosial mereka, pada Musim 2 pula, kami membawa kembali program kecergasan untuk penggemar eksklusif BodyKey dengan barisan selebriti seperti Atilia Haron dan Reyhana Yunus yang berganding bahu dengan pakar diet Indra Balaratnam, pakar pemakanan dan jurulatih kecergasan untuk melatih, mendidik dan memperkasakan ABO kami untuk menguruskan berat badan mereka secara mampan dan menjalani gaya hidup yang lebih cergas.

Disebabkan pandemik COVID-19, semua program BodyKey dikendalikan secara dalam talian bagi membantu melatih komuniti kecergasan untuk memaksimumkan penggunaan produk dan membantu mereka menjual dengan lebih baik dalam era ‘digital-forward’. Satu inisiatif sedemikan yang masih berlangsung ialah Cabaran BodyKey Own-It yang merupakan cabaran 60 hari yang kekal diwujudkan untuk membantu pasukan menguruskan berat badan mereka secara mampan, membina sebuah kumpulan sokongan kecergasan dan menjual BodyKey.

Terdapat banyak lagi yang bakal menemui anda! Tahun 2021 sudah semakin menghampiri penghujungnya, maka kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para ABO, APC dan pelanggan setia kami kerana membantu kami dan setiap orang demi menjadikan tahun 2021 sebagai tahun yang bermakna di sebalik pandemik ini. Kami tidak sabar lagi menantikan tahun 2022 dan semua pencapaian hebat yang menanti kita!