Memilih Minuman Kocak Pengganti Sajian yang Betul
Memilih minuman atau minuman kocak pengganti sajian memerlukan penelitian. Ia bukan sekadar mengadun sajian anda dan menamakannya ‘diet cecair’, atau hanya menahan diri anda dari makan sajian penuh. Minuman kocak pengganti sajian harus membekalkan anda dengan semua nutrien yang tubuh anda perlukan dengan kalori berkualiti tinggi.
Minuman pengganti sajian mempunyai sejarah panjang dalam dunia penurunan berat badan. Tetapi memilih yang betul untuk tubuh anda memerlukan lebih daripada logo yang cantik atau iklan yang memikat. Di sini ada beberapa perkara penting untuk diketahui ketika memilih minuman pengganti sajian*.
Kandungan Protein
Protein adalah blok pembina dalam mana-mana perjalanan kesihatan dan kecergasan. Mengambil diet dengan jumlah nisbah protein yang betul bukan sekadar membantu anda membina otot tetapi juga menurunkan berat badan. Apa berlaku bila anda mengambil protein yang cukup setiap hari?
- Pertumbuhan sel-sel sihat untuk kulit, saraf, darah, ligamen dan tulang
- Membentuk jisim dan kekuatan otot
- Baik untuk pembentukan tulang
- Membantu mencapai kulit, rambut dan kuku yang sihat
- Meningkatkan kualiti tidur dan kesihatan otak
- Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan matlamat
- Membantu anda mengambil kalori yang sedikit setiap hari, mengurangkan nafsu makan
- Membantu anda kekal sihat dengan pertambahan usia
- Membantu meningkatkan sistem pertahanan
Nisbah Nutrien
Tujuan minuman pengganti sajian ialah memberikan tubuh anda bahan bakar dengan pengambilan kalori dan nutrien yang diperlukannya tanpa semua benda tidak menyihatkan yang lain. Oleh itu, nisbah nutrien amatlah penting ketika memilih jenama pengganti sajian.
Minuman pengganti sajian yang baik harus mempunyai sekurang-kurangnya 33% daripada nilai vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari.
Minuman pengganti sajian yang sempurna harus mengandungi:
- Sekurang-kurangnya 15g protein setiap hidangan (25% daripada keperluan minimum harian)
- Sekurang-kurangnya 3g serat setiap hidangan
- Kurang daripada 10g gula
- Tiada pemanis tiruan atau minyak terhidrogen
Ujian & Pensijilan Kualiti Pihak Ketiga
Sudah tentu, anda mahu tahu jika produk yang anda ambil adalah selamat untuk dimakan dan benar-benar melakukan apa yang didakwa. Apabila ia berkaitan minuman dan minuman kocak pengganti sajian, beberapa pengesahan pihak ketiga yang patut diperhatikan termasuk:
- Makanan Berkualiti Selamat (SQF)
- Amalan Pengilangan Baik (GMP)
- Pendaftaran Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA)
- Disahkan National Sanitation Foundation (NSF)
Kebanyakan minuman pengganti sajian juga memasukkan bahan-bahan vegan, tanpa kekejaman terhadap haiwan, dan bukan GMO.
Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey by Nutrilite
Minuman Kocak Pengganti Sajian+ BodyKey Dipertingkat yang baru, misalnya, tidak mengandungi pewarna, perisa, atau pengawet tiruan. Padat dengan 22 vitamin dan mineral, anda juga mendapat 17g protein, 5g serat dan 370mg kalsium untuk menjadikan tubuh anda bertenaga.
Perisa juga merupakan perkara utama untuk dipertimbangkan apabila memilih minuman pengganti sajian yang betul. Mengapa bersusah payah memakan sesuatu jika rasanya tidak enak?
Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey by Nutrilite didatangkan dalam tiga perisa yang enak untuk dipilih — Beri, Coklat, dan Café Latte. Sesuai untuk menjadi suplemen perangsang tenaga sewaktu sarapan dan makan malam.
+Rasa, +Nutrisi, +Mudah semuanya dalam satu sajian, apa lagi yang anda mahu? Klik untuk membaca lebih lanjut https://bodykey.my/ms/article/advanced-bodykey-meal-replacement-shakes
*Artikel ini bertujuan untuk memberi maklumat Pendidikan semata-mata. Sila minta nasihat doktor sebelum menukar diet anda.