Selamat Tinggal Kebuncitan TBC dengan 3 Langkah Mudah
Perayaan seperti Krismas, Tahun Baru dan yang terbaru Tahun Baru Cina adalah masa untuk menjamu selera dan pastinya tidak salah bergembira semasa meraikan perayaan ini.
Walau bagaimanapun, sebaik sahaja perayaan berlalu pergi dan limpahan makanan menjadikan perut anda buncit dan sentiasa berasa lesu. Maka tibalah masa untuk mengawal kesihatan dan mendapatkan semula bentuk badan anda pula.
Pendidikan, Senaman dan Diet – Tiga Perkara Penting Segi Tiga Sihat
Tubuh yang sihat bermula dengan 3 perkara penting – memahami apa yang baik untuk tubuh anda (amalan gaya hidup terbaik), menyingkirkan lemak berbahaya daripada tubuh (senaman), dan mengambil makanan yang betul untuk tubuh anda (diet dan suplemen).
Seperti segi tiga, anda perlukan semua tiga perkara itu untuk bertemu dan bertindak secara sinergistik bagi mencapai kesihatan yang baik. Lagipun, tiada segi tiga yang mempunyai satu atau dua sisi.
Langkah 1: Didik Diri Anda tentang Amalan Terbaik Untuk Kesihatan Yang Baik
Kesihatan yang baik bermula dengan pendidikan tetapi tiada siapa yang mempunyai masa untuk melakukan penyelidikan. Jadi, berikut adalah dua panduan yang anda boleh guna agar anda menjadi lebih sihat.Yang pertama adalah inisiatif oleh Kementerian Kesihatan yang disebut “Suku Suku Separuh” Pinggan Sihat Malaysia. Diet yang seimbang ini akan membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda di samping mengurangkan risiko obesiti dengan kawalan jumlah pengambilan.
Tetapi untuk diet yang lebih terperinci dan sihat, anda boleh mengikuti Panduan 15 Hari BodyKey untuk menurunkan berat badan. Panduan semua dalam satu ini sesuatu yang mesti dimiliki jika anda mencari diet yang ringkas dan mudah diikuti yang bukan sahaja menyenaraikan keperluan Indeks Jisim Tubuh anda tetapi juga memperincikan menu berkhasiat dengan sajian yang lazat serta rutin senaman harian agar anda cergas.
Panduan ini adalah segi tiga yang lengkap dengan pendidikan, diet dan senaman kesemuanya dalam satu – serta anda akan mula merasai kesan seri wajah daripada rutin baru ini dalam 15 hari sahaja!
Dapatkan Naskhah Percuma Panduan 15 Hari BodyKey Di Sini!
Langkah 2: Tubuh Yang Bergerak Adalah Tubuh Yang Sihat
Semua diet dalam dunia ini tidak akan berkesan kecuali anda gandingkan dengan senaman – dan oleh kerana sekarang anda digalakkan agar duduk di rumah, mengapa tidak anda bersenam di rumah dan mendapat faedahnya nanti?
Aplikasi mudah alih BodyKey (versi 2.1) menawarkan senaman HIIT yang anda boleh ikuti. Senaman HIIT atau Latihan Berintensiti Tinggi Berkala melibatkan senaman intensif dalam masa singkat yang membantu anda membakar banyak kalori, menyingkirkan lemak dan merangsang aliran oksigen dalam jangka masa pendek. Jika anda baru bermula dan anda masih berasa was-was, jangan bimbang! Aplikasi tersebut juga menyediakan banyak senaman bagi mereka yang baru bermula!
Serta, dengan BodyKey Own-It Challenge, anda juga akan mendapat ganjaran daripada usaha anda. Menangi ganjaran yang menarik apabila anda dan sepasukan rakan-rakan anda mengalami penurunan berat badan sepanjang cabaran 60 hari.
Mulakan BodyKey Own-It Challenge 60 hari hari ini.
Langkah 3: Diet & Suplemen – Kerana Tubuh Anda Adalah Aset Anda
Sebagai titik akhir dalam segi tiga kesihatan, diet anda adalah satu daripada bahan paling penting bagi tubuh yang sihat. Sajian yang dimasak di rumah boleh menjadi sajian yang lebih sihat dengan mengguna peralatan seperti Pengukus Makanan Noxxa (kukus hidangan anda untuk memperoleh sajian yang lazat!) atau Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa yang memasak, membakar dan menggril seperti chef profesional. Mengambil makanan yang berkhasiat dengan kawalan jumlah pengambilan boleh membantu anda mengalami penurunan berat badan di samping merangsang tahap tenaga anda.
Suplemen yang sihat boleh membantu anda mengurangkan jurang pemakanan di samping rasanya yang enak. Lihat pilihan produk utama kami untuk dimasukkan ke dalam diet anda:
- XS Energy Drinks: Satu alternatif bagi ketagihan gula anda, pemula langkah dalam proses pembakaran lemak tubuh anda dan dapatkan vitamin B daripada minuman tenaga tanpa gula ini. Terdapat beberapa perisa.
- XS Mixed Whey Protein: Setiap sajian memberi 30g protein dengan perisa coklat yang lazat! Ambillah untuk membina dan memperbaiki otot serta mendapat kekuatan bagi menjalani kehidupan seharian dengan protein yang bersumberkan daripada serbuk biji chia.
- BodyKey Meal Replacement Shake: Pilih daripada 3 perisa (coklat, vanila, kopi) sebagai sarapan yang berkhasiat atau pilihan snek agar kekal kenyang dan bertenaga di samping mengawal berat badan anda.
- Nutrilite Mixed Fiber Powder: Melegakan sembelit dan meningkatkan kesihatan pencernaan, serbuk serat tidak berbutir ini juga merangkumi prebiotik untuk usus yang sihat. Kerana ia tersedia dalam pek batang yang mudah, mengambil dos harian kini menjadi semakin senang – lagipun usus yang sihat menghasilkan kecantikan luar dan dalam. Rasa tersekat? Gerakkan dengan Nutrilite Mixed Fiber Powder!