Travel with ease, Travel with C

Travel with ease, Travel with C

Vitamin C, teman kembara anda

Wang, berus gigi, kad memori; terdapat beberapa perkara yang setiap pengembara atau pelancong berpengalaman pasti sudah menandakannya dalam senarai mesti dibawa apabila mereka sedang mengemas untuk pengembaraan mereka yang seterusnya. Ada sesetengahnya merupakan item istimewa untuk perjalanan seperti pasport atau kamera yang hanya digunakan untuk acara-acara istimewa. Walau bagaimanapun, kebanyakannya merupakan barangan harian seperti kelengkapan dandanan diri dan pakaian anda. Tidak ada yang istimewa tentangnya kerana anda menggunakannya dalam rutin harian anda.

Tetapi, satu item yang anda tidak boleh abaikan ketika anda melancong ialah sahabat lama anda yang dipercayai iaitu Vitamin C.

Imuniti yang Dibantu

辅助免疫Ada ketikanya perjalanan boleh menimbulkan stres dan apabila tubuh tertekan, ia mengubah cara sistem imun berfungsi. Stres boleh menjejaskan sistem imun anda dalam dua cara: dengan mencipta keradangan kronik yang membahayakan tisu atau dengan melemahkan sel-sel imun yang diperlukan untuk melawan jangkitan. Ia kemudiannya menjadikan tubuh kita mudah terdedah dan diserang penyakit ketika anda sedang dalam perjalanan.

Vitamin C menyumbang kepada sistem pertahanan imun dengan menyokong imuniti semula jadi dan adaptif anda. Sifat antioksidannya membolehkan pengurangan radikal bebas dan menyokong penolakan patogen. Memberi Vitamin C secara berterusan kepada tubuh anda sebelum anda memulakan perjalanan juga semasa perjalanan akan membantu tubuh anda untuk kekal sihat.

Penyembuhan yang Dipertingkatkan

加速复原Kita semua tentu sudah biasa sakit akibat banyak berjalan sewaktu kita melancong. Sama ada anda mendaki gunung atau singgah di kedai kopi dan kemudiannya ke lokasi yang lain, rasa sakit dan lenguh sememangnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Jurnal perubatan menunjukkan bahawa sakit otot dan penyembuhan luka berlaku lebih cepat dan lebih efisien dalam kalangan orang dewasa yang tidak mengalami kekurangan Vitamin C. Malah, ia boleh dipercepatkan sedikit dengan pengambilan dos yang lebih tinggi daripada jumlah harian yang disyorkan.

Oleh itu, jangan lupa untuk memastikan pengambilan Vitamin C yang sewajarnya. Sekiranya anda mendapati diri anda sakit semasa perjalanan, anda boleh cuba mempercepatkan kadar penyembuhan anda dengan menelan lebih banyak Vitamin C untuk masa yang singkat.

Penjagaan Kulit

保护皮肤Sama ada anda tinggal dalam iklim yang biasa atau melakukan pengembaraan dalam yang iklim yang berbeza, kulit anda adalah penentu bagaimana tubuh anda memastikan anda dilindungi. Anda perlu menjaganya dengan baik sama ada anda berada di bawah terik matahari atau dalam kesejukan yang mencengkam.

Vitamin C juga membantu dalam pengeluaran dan penjanaan semula dua komponen penting kesihatan kulit anda – kolagen dan alfa-tokoferol (atau Vitamin E). Kolagen adalah protein yang mengekalkan dan mencipta sel-sel baru untuk menggantikan yang lama. Ia juga membantu memastikan kulit sentiasa anjal dan lembut supaya anda berasa selesa dengan kulit anda sendiri. Vitamin E adalah antioksidan yang membantu menentang keradangan selepas kulit anda terkena sinaran UV akibat pendedahan kepada matahari.

Jangan tunggu sampai sudah terlambat. Mulai dengan memastikan anda mengambil Vitamin C yang mencukupi dalam diet anda supaya anda dapat dalam keadaan terbaik ketika anda melakukan perjalanan dan kekal sihat pada masa-masa yang lain!

Rujukan: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5391567/